Isnin, 4 Ogos 2008

Seronoknya.....

Anak- anak anda juga boleh merasai keseronokkan ini... mandi sungai (minta nasihat pemilik resort) sambil kaum bapa pergi memancing.

Berlari Atas Air

Kanak- kanak di atas sangat gembira 'berlari' di atas air berhampiran Jeti Johor Lama.

Fenomena Pasang Besar

Lihat di belakang kanak- kanak yang sedang berlari. Sebulan sekali pasti anda berpeluang merasai limpahan air sungai ke atas darat di kawasan tebing Sg Johor ini.

Senja Nan Merah


Pemandangan Waktu Senja Di Kg Johor Lama, Sungai Johor

Anak- anak Bermain Pasir

Beri peluang anak- anak anda membina kreativiti dengan bermain pasir sungai yang asli.

Kepah Sungai

Kalau kat Sg Jemaluang org panggil kepah raba... sebab kena raba dalam pasir waktu air nak surut.

Khamis, 1 Mei 2008

Destinasi Hujung Minggu

Di Disember Chalet Kg Johor Lama, kami menyediakan tempat berehat untuk keluarga dalam suasana kampung yang aman dan tenteram.

Rabu, 30 April 2008

Kota Johor Lama

Kota Johor Lama Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor.

Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambk dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

Johor Lama

Johor Lama (Old Johor)Johor Lama, situated 27km from Kota Tinggi and about 2 hours drive from Johor Bahru, is a quiet village no the banks of the Johor River. Johor Lama was the royal seat of the Johor Sultanate until 1587. All that is left here are fragments of a fort built in 1540 during the raid on Johor Lama by the Portuguese. After the battle, the state capital moved to Johor Bahru.